Open Tuition Matematik (Tingkatan 5)
19 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2026 (Isnin) telah diadakan Open Tuition Matematik (Tingkatan 5) secara atas talian. Program Open Tuition ini telah disertai oleh seorang pelajar tingkatan 5. Peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Open Tuition ini bermula pada pukul 3:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.
Antara pengisian Open Tuition Matematik ini adalah untuk membantu dan membimbing para pelajar untuk memahami konsep matematik dengan lebih mudah. Selain itu juga, para pelajar turut diajar teknik-teknik untuk mengingati formula matematik dengan lebih mudah. Modul pembelajaran turut disediakan kepada pelajar yang mengikuti Open Tuition Matematik ini.
Diharapkan program seperti ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada pelajar dengan mempraktikan ilmu dan tips yang telah dipelajari untuk menjawab soalan Matematik pada peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: